in

Ribuan penduduk terpaksa berpindah selepas Taufan Haikui badai Taiwan

taufan
Sehingga kini kira-kira 2,868 penduduk telah dipindahkan dari penempatan terutamanya di selatan dan timur, malah syarikat penerbangan domestik utama Taiwan, UNI Air dan Mandarin Airlines, terpaksa batalkan operasi.

TAIPEI, 3 Sept. – Kira-kira 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan sebagai persediaan Taiwan menerima kedatangan Taufan Haikui pada Ahad (3 September), yang dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang ke selatan dan timur pulau tersebut.

Taufan Haikui diramalkan mendarat di kawasan pergunungan dan berpenduduk jarang di tenggara Taiwan lewat petang Ahad, dengan daerah dan bandar di timur dan selatan membatalkan semua sesi persekolahan selain mengisytiharkan cuti untuk pekerja.

Haikui ribut yang lebih lemah daripada Taufan Saola telah melanda Hong Kong dan wilayah Guangdong di selatan China, semalam.

Menurut Agensi Risiko Ribut Tropika, Haikui dijangka taufan Kategori 1 atau 2 apabila ia melanda Taiwan.

Kerajaan Taiwan berkata, sehingga kini kira-kira 2,868 orang telah dipindahkan dari penempatan terutamanya di selatan dan timur.

Malah syarikat penerbangan domestik utama Taiwan, UNI Air dan Mandarin Airlines, terpaksa membatalkan semua  operasi hari ini, manakala perkhidmatan feri ke pulau luar pesisir turut dibatalkan.

Tentera telah menggerakkan anggota dan peralatan untuk membantu usaha bantuan banjir dan pemindahan.

Selepas melintasi selatan Taiwan, Haikui diramalkan akan membadai Selat Taiwan ke China.

gula1

Ada masalah dapatkan barang kawalan seperti gula, sila laporkan kepada KPDN – Fuziah

Kembara Kenali Borneo bermula