in

Pencuci mulut Filipina di Indera Mahkota

Premis Buko Ori Philippines beroperasi di Taman Kota Ria, Bandar Indera Mahkota 2, Kuantan

MENIKMATI pemanis mulut original dari Filipina sudah tentu memberi pengalaman berbeza kepada penggemarnya.

Dikenali sebagai ‘Buko’ yang sangat sinonim dengan negara Filipina itu sendiri, premis diusahakan Julieta Brina Eloreta atau nama Islamnya, Nurhidayah Eloreta Abdullah semakin dikenali dalam kalangan penduduk bandar raya Kuantan.

Antara menu disediakan di Buko Ori Philippines

Dia mulanya berniaga ‘Buko’ hanya di rumah sebelum mengambil keputusan membuka kedai di Taman Kota Ria, Indera Mahkota 2, di sini.

“Kebanyakan bahan digunakan untuk menghasilkan ‘Buko’ didatangkan khas dari Filipina.

“Ini adalah bagi memastikan keaslian rasa dan memberi kepuasan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Antara menu disediakan di Buko Ori Philippines

Kedai miliknya itu dinamakan ‘Buko Ori Philippines’ dan menggunakan tagline ‘Sa Lasa Mapapa Wowka’ yang bermaksud ‘Dengan Rasa Wow’.

Antara menu ‘Buko’ disediakan di situ adalah mangga, campuran buahan, laici, kabungnara (buah kabung dan gula), strawberi dan ‘Buko’ pandan.

Antara menu disediakan di Buko Ori Philippines

Kedai itu beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga jam 10 malam.

Nurhidayah berkata, dia mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Yusri Mohamed Sopian dan turut dibantu tiga anaknya.

Orang ramai yang ingin menikmati ‘Buko’ original dari Filipina boleh menghubungi aplikasi WhatsApp di talian 012-9819620.

Antara menu disediakan di Buko Ori Philippines

Mereka juga boleh diikuti di laman sosial Instagram bukooriphilps.ktn.- nasionalkini.my

denmark bakar

Lagi tindakan biadab cemar al-Quran di Denmark

Ramasamy umum keluar DAP