in

Giliran rakyat Thailand pilih kerajaan

20230514 105106
Petugas pilihan raya Thailand memunggah kertas undi untuk dihantar ke pusat mengundi yang mula dibuka jam 8 pagi tadi - Gambar oleh Agensi

BANGKOK, 14 Mei – Pengundi hari ini, mula melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya Thailand.

Ia bagi menentukan pihak yang akan meneruskan pentadbiran Thailand yang kini disandang kerajaan pro-tentera, diterajui Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha.

Proses mengundi mula dilaksanakan sejak jam 8 pagi tadi, dipetik dari AFP.

Media sebelum ini melaporkan, pilihan raya umum Thailand dijangka memihak kepada parti pembangkang dan Prayut diramal sukar mengekalkan kuasanya.

Kempen pilihan raya antara lain menyaksikan asakan daripada golongan muda yang mahu perubahan dalam pentadbiran Thailand serta institusi diraja.

Lebih 70,000 rakyat Thailand di luar negara mendaftar untuk mengundi awal pada pilihan raya dengan daftar pengundi terkini menunjukkan 52 juta orang layak mengundi kali ini bagi memilih 500 anggota Dewan Perwakilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini sebagai tarikh pilihan raya umum, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Seramai 4,781 calon daripada 70 parti politik mendaftar untuk bertanding bagi merebut 400 kerusi pada pilihan raya kali ini. – nasionalkini.my

UTU TRG ikan mati 002 scaled 1

Ribuan ikan talapia mati akibat cuaca panas

20230514 120019

Aufahanie masih cari identiti