in

Arab Saudi hantar wakil tanding Miss Universe

Gambar oleh Agensi

RIYADH, 30 Mac – Arab Saudi akan mempunyai peserta ratu cantik dalam pertandingan Miss Universe yang pertama tahun ini dengan penyertaan model terkenal, Rumy Alqahtani, lapor portal berita The New Arab semalam.

Alqahtani kelahiran Riyadh telah pun bertanding dan memenangi beberapa pertandingan ratu cantik di seluruh dunia.

Model berusia 27 tahun itu telah pun dinobatkan sebagai Ratu Cantik Arab Saudi, Ratu Cantik Asia Barat, Ratu Cantik Keamanan Dunia Arab dan Ratu Canitk Wanita di Arab Saudi.

Ratu cantik Miss Universe itu yang telah berlangsung sejak 1952.

Alqahtani turut mengumumkan berita itu kepada satu juta pengikutnya di Instagram.

“Saya berbesar hati untuk menyertai pertandingan Miss Universe 2024. Ini adalah penampilan sulung Arab Saudi dalam pertandingan itu,” tulisnya.- nasionalkini.my

Warga emas, ibu tunggal terima sumbangan

Larangan guna simbol, nama Islam dalam produk non muslim