in

22 mayat pengikut ajaran sesat ditemui

20230514 000632
Lebih 200 mayat pengikut ajaran sesat sudah ditemui pihak berkuasa hasil operasi di kawasan hutan Shakahola, Kenya - Gambar oleh Reuters

KENYA, 14 Mei – Pihak berkuasa menemukan 22 lagi mayat susulan pencarian mangsa pengikut ajaran sesat yang memuja hari kiamat di hutan Shakahola, di sini, pada Sabtu.

Penemuan itu menjadikan jumlah kematian akibat ajaran sesat itu yang dianggap salah satu tragedi terburuk di negara ini kepada 201 orang.

Seorang pesuruhjaya wilayah, Rhodah Onyancha, berkata, pasukan forensik menggali 22 mayat hari ini, tetapi tidak melaporkan sebarang aktiviti menyelamat, dipetik dari Reuters.

“Seorang lagi suspek ditangkap menjadikan keseluruhan mereka yang ditahan susulan kematian itu kepada 26 orang,” katanya kepada wartawan di hutan Shakahola di barat daya negara di mana pencarian diteruskan.

Sepanjang minggu ini, pihak berkuasa menggali kubur cetek yang bertaburan dalam hutan untuk mengesan mayat dan menyelongkar kawasan itu untuk mencari kemungkinan ada mangsa terselamat berikutan ratusan lagi masih dilaporkan hilang.

Pada Jumaat, 29 mayat ditemui termasuk 12 kanak-kanak dalam satu kubur.

Terdahulu pada Rabu, mahkamah Kenya menafikan ikat jamin kepada Paul Mackenzie, pemimpin Good News International Church, yang didakwa mengarahkan pengikutnya bersama anak-anak mereka berlapar sehingga mati supaya dapat ke syurga sebelum dunia berakhir. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 12

Peruntukan tambahan RM50 juta kepada mangsa banjir di Terengganu

FB IMG 1684021072916

JDT ‘belasah’ Kelantan United