in ,

Malaysia-Madlives memeterai PPPDK

WhatsApp Image 2023 05 24 at 3.57.52 PM
Malaysia dan Maldives hari ini menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali Mengenai Cukai Atas Pendapatan Dan Pencegahan Pelarian Dan Pengelakan Cukai (PPPDK).

KUALA LUMPUR 24 Mei – Malaysia dan Maldives hari ini menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali Mengenai Cukai Atas Pendapatan Dan Pencegahan Pelarian Dan Pengelakan Cukai (PPPDK).

PPPDK Malaysia-Maldives itu ditandatangani Timbalan Menteri Kewangan I , Datuk Seri Ahmad Maslan dan Menteri Kewangan Maldives Ibrahim Ameer.

Objektif utama perjanjian itu adalah untuk pengelakan pencukaian dua kali yang terbit daripada pendapatan yang sama di kedua-dua negara, sekaligus memberikan tax certainty kepada pembayar cukai kedua-dua negara.

Perjanjian PPPDK itu meliputi hak penentuan mengenakan cukai dan pengurangan kadar cukai pegangan ke atas pendapatan tertentu seperti dividen, faedah, royalti dan fi bagi perkhidmatan teknikal berasaskan timbal balas bagi aktiviti ekonomi rentas sempadan.

Maslan berkata, perjanjian itu akan berkuat kuasa sejurus selepas prosedur ratifikasi oleh kedua-dua pihak selesai.

“Dengan termeterainya PPPDK ini, ianya dijangka akan menggalakkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua buah negara.

“Jumlah perdagangan Malaysia ke Maldives telah meningkat di mana perdagangan dua hala berada pada aliran menaik dengan jumlah perdagangan pada 2022 berjumlah RM1,009.0 juta(USD227 juta)

“Ia meningkat sebanyak 100.2% daripada RM504 juta (USD122 juta) pada tahun 2021,” ujarnya selepas masjlis permeteraian PPPDK hari ini.

Menurut Ahmad, melihat kepada aliran positif itu adalah dijangka perdagangan dua hala akan terus berkembang.

“Kerajaan Malaysia amat menggalakkan syarikat-syarikat kedua-dua negara untuk melabur dan mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi di Malaysia and Maldives,” ujarnya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 24 at 4.26.03 PM

Sanggup bunuh teman wanita demi rahsiakan kehamilan

WhatsApp Image 2023 05 24 at 5.03.06 PM

Harga diesel dan petrol RON97, RON95 masih kekal