in

China larang penjawat awam guna iPhone ketika bertugas

china
China mengarahkan penjawat awam negaranya tidak menggunakan telefon pintar iPhone keluaran Apple dan peranti berjenama asing lain

BEIJING, 7 Sept. – China mengarahkan penjawat awam negaranya tidak menggunakan telefon pintar iPhone keluaran Apple dan peranti berjenama asing lain untuk tujuan kerja atau membawanya ke pejabat.

Menurut Wall Street Journal (WSJ), arahan berkenaan dikeluarkan kepada kakitangan kerajaan beberapa minggu yang lalu.

Larangan itu dikeluarkan menjelang acara daripada Syarikat gergasi, Apple minggu depan, di mana penganalisis yakin jenama terkemuka itu akan melancarkan keluaran baharu.

Namun  dikhuatiri mencetuskan kebimbangan dalam kalangan syarikat asing yang beroperasi di China ketika ketegangan Beijing-Amerika Syarikat (AS) meningkat.

Laporan WSJ tidak menamakan pembuat telefon lain selain Apple.

Selama lebih sedekad, China berusaha mengurangkan pergantungan kepada teknologi asing, dan meminta firma bersekutu kerajaan seperti bank untuk beralih ke perisian tempatan serta mempromosikan pembuatan cip buatan tempatan.

Mei lalu, China menggesa perusahaan besar milik negara (SOE) memainkan peranan penting dalam usahanya mencapai kemandirian dalam teknologi dengan meningkatkan kepentingan perlumbaan di tengah-tengah perpecahan dalam AS.

Ketegangan China-AS memuncak apabila Washington bekerjasama dengan sekutu untuk menyekat akses Beijing kepada peralatan penting yang diperlukan bagi memastikan industri cipnya berdaya saing. – Agensi

sukuk

Kampus baharu Universiti Antarabangsa Quest sasar 6,000 pelajar menjelang 2027

Bursa Malaysia dijangka terus alami dagangan berhati-hati