in

Dashcam bantu polis tangani isu pembuli jalan raya?

WhatsApp Image 2023 05 08 at 10.24.23
Penggunaan dashcam pada kenderaan terbukti dapat membantu menyelesaikan banyak kes-kes jenayah di jalan raya.

Oleh Fateen Kayyisa Tasneem

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kamera papan pemuka (dashcam) begitu popular dalam kalangan pemilik kenderaan tidak kira sama ada kereta, motorsikal, ambulans dan juga kenderaan berat.

Keperluan kamera tersebut semakin mendapat perhatian malah sering menjadi bahan perkongsian dalam media sosial terutama aplikasi Tiktok apabila berlaku kemalangan.

Selain itu, ia juga dapat berfungsi sebagai ‘kamera litar tertutup’ (CCTV) apabila berlakunya pembulian di jalan raya.

Laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini melontarkan persoalan mengenai keperluan dashcam pada setiap kenderaan di negara ini.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar memasang dashcam yang bukan sahaja dapat merakam punca nahas dan pelakunya, malah membantu mengesan pembuli jalan raya. Setuju atau tidak?”

Hantaran yang dibuat semalam itu itu mendapat lebih 1,000 tanda suka dan 39 perkongsian.

Maklum balas yang diterima amat positif malah ramai mengalu-alukan supaya peralatan itu dipasang pada setiap kenderaan.

“Sangat-sangat setuju. Kebaikan bukan sahaja kemalangan, tapi jenayah pun dapat dirakam.

“Bukankah ini dapat memudahkan tugas pihak berkuasa? Maka, kalau kerajaan dapat bantu untuk subsidikan dashcam untuk rakyat berpendapatan rendah itu lebih baik. Saling bantu membantu,” kata seorang pengikut Facebook PDRM, Khairul Ahmad Fitri Suhaimi.

Ada juga mencadangkan kepada kerajaan supaya harga kamera tersebut dikurangkan kerana ia boleh menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa jika berlaku kecurigaan jenayah.

Mohd. Amirul Zzaki Razmi menyatakan pendapatnya mengenai cadangan itu.

“Bagilah insentif kepada yang memasang dashcam contohnya rebat cukai ataupun kurangkan harga peranti.

“Bukan apa pengguna dah memudahkan urusan PDRM dalam mengesan pembuli jalan raya. Barulah situasi menang-menang. Harap PDRM boleh bawa cadangan itu kepada Kabinet,” katanya.

Namun ada yang memberi pendapat berbeza mengenai peralatan itu.

“Ok je tapi jangan kuatkuasakan jadi wajib kena pasang. tak ada kena saman,” kata Ayah Pi.

Walaupun pelbagai pendapat yang diberikan ia dapat membantu pihak polis dalam mengesan sekali gus mendapat suspek terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan.

Bagaimanapun rakaman itu tidak perlulah ditunjukkan separuh sahaja kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi seperti penceritaan pada sebuah gambar yang mempunyai 1,001 cerita.

Ini kerana jika disiarkan secara separuh-separuh dalam media sosial, ramai membuat andaian awal yang menyatakan hanya satu pihak sahaja bersalah sedangkan pihak lagi satu tidak bersalah.

Namun, kita yakin PDRM mempunyai pasukan penyiasat yang profesional dalam mengendalikan kes-kes berkaitan pembuli jalan raya ini. – Nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 08 at 10.22.20

Aliran keluar asing di Bursa Malaysia menyederhana kepada RM20.79 juta

logo polis 2 1651832730

Polis tahan jurulatih selam skuba cabul pelancong