in ,

PM zahir rasa sedih kemalangan kereta api di Odisha, India

trencrash 1685765965
Lebih 200 terbunuh, manakala lebih 850 lagi cedera dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kemalangan ngeri membabitkan pelanggaran tiga kereta api pada lewat Jumaat di Odisha, negeri di timur India.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa sedih dan dukacita dengan insiden tragis membabitkan kemalangan kereta api di negeri Odisha, India.

Menerusi catatan di Twitternya hari ini Anwar berkata, beliau dab isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mat berdukacita dengan berita berhubung kemalangan kereta api yang tragik di Odisha, India.

“Bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, dan mereka yang terjejas akibat kemalangan itu,” katanya.

Anwar berkata dalam masa yang sukar ini, ingatan dan doa Malaysia adalah bersama India.

Menurut laporan berita, perlanggaran kereta api di negeri itu pada petang Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 288 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera. – nasionalkini.my

NFFT juara futsal Marina Ketam Telur Masin

ahmad said trg

Jual tanah kerajaan : Ahmad Said ajak MB Terengganu berdebat