in

Nasib Mickey di tangan Pan Gon

Pemain Selangor FC, Faisal Halim atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey

SHAH ALAM, 5 Ogos – Peluang Faisal Halim perkuatkan Harimau Malaya pada aksi persahabatan menentang Syria dan China di Chengdu, bulan depan masih terbuka luas.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata segala kata putus hanya akan ditentukan pengendali negara, Kim Pan Gon.

“Perkara itu (peluang Faisal sertai Harimau Malaya) kita serahkan kepada Pan Gon,” katanya ketika ditemui KOSMO pada majlis Perasmian Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 di Stadium UiTM Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey dikenakan penggantungan sebulan namun Jawatankuasa Rayuan FAM bersetuju untuk memberi kelonggaran bagi pemain itu sertai latihan bersama Selangor.

Walaupun mengekalkan hukuman penggantungan sebulan, kelonggaran itu dibuat bagi memastikan Mickey kekal cergas sekaligus mengelak penurunan prestasi hingga merugikan skuad kebangsaan.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Ubah tarikh jual tiket Pestabola Merdeka

rafizi 1

Rafizi minta hentikan sentimen Kelantan dianaktiri