in

Cabaran tersekat di suku akhir

Impian untuk melihat pertembungan sesama sendiri beregu lelaki negara di separuh akhir yang berlangsung hari ini tidak kesampaian - Gambar oleh Sukanz

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Langkah beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Masters Malaysia 2023 terhenti di suku akhir apabila tumpas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan impian untuk melihat pertembungan sesama sendiri beregu lelaki negara di separuh akhir esok tidak kesampaian.

Jika Aaron-Wooi Yik berjaya mara, mereka akan bertemu satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mana akan mengesahkan satu slot buat wakil negara di final Ahad ini.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik yang juga pasangan nombor dua dunia tewas straight set 18-21, 19-21 dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena.

Terdahulu, Wei Chong-Kai Wun mara ke separuh akhir selepas menumbangkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan kemenangan straight-set 23-21, 21-17.-nasionalkini.my

Remaja, kanak-kanak panjat bumbung rumah terbakar

Pesakit mental rentung dalam kebakaran