in

Beregu campuran juara Terbuka Taiwan

Gandingan di ranking ke-19 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menjinakkan gandingan tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min 21-12, 21-8 dalam tempoh 30 minit sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,583)

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meraih gelaran ketiga mereka musim ini selepas menjuarai Terbuka Taiwan 2023, sebentar tadi.

Gandingan di ranking ke-19 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menjinakkan gandingan tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min 21-12, 21-8 dalam tempoh 30 minit sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,583).

Kemenangan itu juga membolehkan mereka melakar kemenangan sulung ke atas lawan yang menduduki ranking ke-50 dunia itu, lapor BH.

Lebih manis, gelaran berkenaan menamatkan kemarau penantian negara selepas kali terakhir beregu campuran negara meraih kejuaraan menerusi gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada 2004.

Gelaran berkenaan menamatkan kemarau penantian negara selepas kali terakhir beregu campuran negara meraih kejuaraan menerusi gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada 2004

Semalam, Tang Jie-Ee Wei mara ke pentas final kejohanan berstatus Jelajah Dunia BWF Super 300 itu selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-14, 21-19 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Arena Tian Mu dalam tempoh 34 minit.

Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei pernah meraih gelaran di Masters Orleans di Perancis pada April lalu dengan menewaskan satu lagi gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin, juga menerusi straight set 21-19, 21-17.

Gelaran sulung yang diraih mereka musim ini adalah di Cabaran Antarabangsa Iran pada Februari lalu apabila menewaskan gandingan senegara, Teoh Mei Xing-Hoo Pang Roon 21-19, 21-15 dalam tempoh 28 minit. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

DUN Kedah bubar 28 Jun

IMG 20230625 WA0020

Hospital Pasir Gudang dijangka siap dua bulan awal