in

Barcelona akhiri kemarau juara La Liga

20230515 100826
Skuad kendalian Xavi Hernandez muncul juara La Liga musim 2022/2023 - Gambar oleh ESPN

ESPANYOL, 15 Mei – Skuad Barcelona merangkul gelaran La Liga buat pertama kali sejak tahun 2019 selepas mengharungi tempoh sukar di dalam dan luar padang sejak beberapa tahun lalu.

Kemenangan diraih selepas skuad bimbingan Xavi Hernandez menewaskan Espanyol 4-2 pada Isnin – sekali gus merampas kembali kejuaraan daripada Real Madrid.

Gergasi Catalan itu mengungguli kejuaraan liga ke-27 di laman lawan dalam suasana kecoh apabila penyokong tuan rumah menceroboh ke dalam padang ketika pemain-pemain Barca meraikan kemenangan.

“Ia saat yang sangat beremosi. Detik yang amat sukar untuk tidak diraikan selepas kerja keras selama berbulan-bulan,” ujar Xavi, dipetik dari EPA.

Dalam aksi itu, Robert Lewandowski meledak dua kali untuk Barcelona, manakala Alejandro dan Jules Kounde turut mencatat nama selaku penjaring.

Javi Puado dan Joselu menjaringkan gol lewat permainan buat tuan rumah.

Kemenangan itu menjadi penyuntik semangat kepada kebangkitan mereka dengan Xavi membantu Barca memenangi trofi major pertamanya sejak mengambil alih pasukan pada November 2021.

Rombakan pasukan dilakukan presiden kelab, Joan Laporta dikritik hebat pada musim panas lalu ketika Barcelona berdepan krisis kewangan.

Tersingkir daripada Liga Juara-Juara memberi tamparan hebat buat Barca, tetapi mereka memenangi Piala Super Sepanyol pada Januari, sebelum mengesahkan kejuaraan La Liga ketika musim berbaki empat aksi.

Xavi menjelaskan kejayaan itu membuktikan kelab berada di landasan tepat untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa depan.

“Kami tidak meraikannya kerana ia adalah stadium Espanyol,” katanya. – nasionalkini.my

Risiko cuaca panas kurangkan aktiviti di luar rumah 01

3 kes strok haba di Sabah

20230515 103225

Siti Nurhaliza terharu dipuji PM