in ,

Tiga wanita termasuk dua guru taska didakwa dera bayi

dero 1689317707
Pemilik, guru taska mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendera bayi dan kanak-kanak jagaan mereka. Gambar Berita Harian

IPOH, 14 Julai – Tiga wanita termasuk dua guru taska didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mendera bayi dan kanak-kanak di bawah jagaan mereka, minggu lalu.

Wan Suhaila Mior Khir, 32, dan Noor Shafina Abdul Khair, 26, masing-masing didakwa atas tiga serta dua pertuduhan mendera bayi kanak-kanak berusia tujuh bulan hingga 29 bulan, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, Wan Suhaila didakwa melakukan penganiayaan menyebabkan kesakitan termasuk mengakibatkan kecederaan terhadap kanak-kanak berusia tujuh bulan, 26 bulan dan 28 bulan.

Noor Shafina pula didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak berusia 21 dan 29 bulan, antaranya dengan cara menindan badan mangsa yang sedang tidur, menjadikan mangsa sebagai alas meletakkan kepala, menampar paha kanan mangsa secara kasar, menarik belakang baju mangsa lalu menyarungkan ke kepala mangsa, menarik rambut, menampar pipi mangsa ketika tidur dan memukul belakang badan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 2.14 petang hingga 4.18 petang, 6 Julai lalu.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah taska di Taman Meru Perdana 2, Chemor, di sini.

Sementara itu di mahkamah berasingan, pemilik taska iaitu Rozidah Yahaya, 51, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azizah Ahmad terhadap tuduhan meninggalkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 29 bulan di bawah jagaan taska itu tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kanak-kanak itu cedera.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu sebagai orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan ke atas kanak-kanak perempuan itu, didapati meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan dan pemeliharaan untuk satu tempoh yang tidak berpatutan di taska itu sehingga menyebabkan kanak-kanak itu cedera di lengan kiri.

Perbuatan itu dilakukan di taska yang sama antara jam 4.14 petang hingga 4.15 petang, 6 Julai lalu. – nasionalkini.my

anwar 329435962 3095282504103743 3928550737735609876n 20230329134342 facebook@anwar ibrahim

Kerajaan Perpaduan jaga kepentingan rakyat

IMG 20230714 WA0116

Mohd Zaki sanggup memandu 120 kilometer demi RM12,000 sebulan