in

Melaka River Cruise sedia lebih 10,000 tiket percuma

IMG 20230516 WA0001
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 21 Mei – Bagi merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), bot pelancongan Sungai Melaka, Melaka River Cruise (MRC) menyediakan lebih 10,000 tiket percuma untuk pengunjung mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran percuma sehari itu terbuka kepada semua sebagai tanda meraikan TMM2024 selain sempena sambutan ulang tahun ke-18 Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

“Dalam meraikan TMM2024 tahun hadapan, saya mencadangkan satu hari dalam Pesta Sungai Melaka nanti kita hadiahkan kepada para pengunjung dengan memberikan mereka naik bot (MRC) secara percuma sepanjang hari.

“Tetapi mereka hendaklah mendaftar secara online (atas talian) dan ianya akan dijadikan sebagai rujukan untuk mereka menaiki bot dalam kaedah a first-come, first-served basis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu PPSPM dan Sambutan Ulang Tahun Ke-18 PPSPM di Pengkalan Rama di sini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin.

Sementara itu Murad berkata, pihaknya menyasarkan lebih 10,000 tiket percuma akan diedarkan pada hari berkenaan sepanjang operasi bot bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam.

“Bagaimanapun ini juga perlu bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air sungai,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, setakat minggu lalu, sebanyak 283,540 pengunjung direkodkan menaiki MRC dan menyasarkan 800,000 pengunjung sepanjang tahun ini. – nasionalkini.my

IMG 20230521 121009 6 x 4 inch

20 selebriti antara peserta Royale Fiesta Kelantan Tour

FB IMG 1684648604491

KL48 projek EcoFirst pasca pandemik