in

Sumbangan kerusi roda untuk pesakit terlantar

Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

MARAN, 18 Mac – Nasib seorang penduduk yang memerlukan bantuan kerusi roda akibat terjatuh baru-baru ini, mendapat perhatian ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin.

Beliau menyampaikan sumbangan kerusi roda itu petang semalam selepas menziarahi wanita berkenaan di FELDA Jengka 2, dekat sini.

“Saya dimaklumkan ibu kepada Aishah terjatuh baru-baru ini dan tidak dapat berjalan.

“Dia mendapat rawatan hampir sebulan di hospital dan baru dibenarkan keluar.

“Jadi, saya harap dengan bantuan ini, dapat membantu memudahkan pergerakannya di rumah,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Jasri turut berharap wanita itu segera pulih dan dapat kembali menjalani kehidupan dengan lebih selesa.– nasionalkini.my

Presiden UMNO patut ketuai boikot KK Mart

Cuaca panas hingga April