KUANTAN, 7 Mac – Seramai lapan keluarga yang juga Saudara Baru diraikan dalam program Ambang Ramadan peringkat DUN Lepar.
Program itu dianjurkan bersama pejabat ADUN Lepar dan muslimat PAS kawasan Lepar di pekan Gambang.
ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus hadir bagi menyempurnakan program itu.
“Semoga mereka terus teguh dan kekal istiqamah dalam kehidupan seharian,” kata Mohd Yazid melalui satu hantaran di Facebook.
Beliau turut berharap kedatangan Ramadan kali ini dapat membawa keberkatan kepada semua Saudara Baru itu.– nasionalkini.my
