in

Dahlan Maamor masuk BERSATU

20230511 090324
Datuk Seri Hamzah Zainudin

PETALING JAYA, 4 Mac – Bekas setiausaha politik Anthony Loke – Dahlan Maamor, secara rasmi menyertai BERSATU.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Facebook, bersama gambarnya menerima borang keahlian daripada Dahlan.

“Dahlan menghubungi saya minggu lalu menyatakan minat untuk menyertai parti ini kerana tertarik dengan perjuangan BERSATU.

“Mengenali Dahlan, adalah bekas pengamal media yang kritikal dan jujur dalam memberi sesuatu pandangan atau kritikan,” katanya lapor FMT.

Dahlan adalah pegawai Loke dari 2018 hingga 2020.

Sebelum itu, dia berkhidmat di Bernama TV dan TV3 sebagai pengacara dan pembaca berita.— nasionalkini.my

Syarat ‘pelik’ untuk sertai kejohanan bola sepak

Program Ambang Ramadan rai Saudara Baru