in

Ngabat ikan aktiviti mengujakan di musim kemarau

photo 2023 05 07 21 13 32

Oleh : Adnan Mohamad

KEMARAU panjang yang melanda negara kita, sudah pasti  merisaukan terutama golongan petani yang tidak dapat mengusahakan tanaman akibat tanah pertanian mereka kering kontang.

Namun, ia  berbeza dengan penduduk kampung yang tinggal di kawasan sungai yang mengambil peluang dengan keadaan itu sehingga menghasilkan  rezeki kepada mereka bagi memudahkan mereka menangkap ikan berikutan  air sungai yang cetek.

Di Kampung Langkap, Sungai Tong di sini, misalnya, kebanyakan penduduk sekitar kawasan sungai kampung itu akan mengambil kesempatan beramai-ramai menangkap ikan dengan cara mudah di dalam air sungai yang cetek seperti ikan lampam, teberau dan temperas.

photo 2023 05 07 21 13 36
Peserta Ngabat Ikan berkumpul sebelum menangkap ikan dalam sungai yang cetek

Semalam, kira-kira 200 penduduk di Kampung Langkap menyertai program Jom Ngabat Ikan di Sungai di kampung sebagai aktiviti kemasyarakatan.

Ketua UMNO cawangan Langkap, Kasmuri Osman berkata,  program yang dianjurkan sempena musim kemarau menyebabkan peserta secara mudah berjaya menangkap ikan berikutan air sungai yang semakin cetek.

photo 2023 05 07 21 13 20
Hasil yang diperoleh daripada aktiviti ngabat ikan dengan pelbagai jenis ikan

Penganjuran kali ini sangat mendapat sambutan menggalakan dan menariknya, proses menangkap ikan dapat dilakukan dengan lebih mudah.

“Kalau sebelum ini air sungai yang deras dan dalam menyebabkan terlalu sukar untuk ditangkap,” katanya ketika ditemui nasionalkini.my, semalam.

Kasmuri menjelaskan program Jom Ngabat Ikan terdiri daripada 50 hingga 60  peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu di bahagian hulu sungai.

photo 2023 05 07 21 13 32 1
Kaum wanita teruja menunjukkan hasil yang diperoleh ketika menyertai Ngabat ikan di kampung Langkap, Setiu, Semalam.

Manakala satu lagi kumpulan menunggu dibahagian bawah bersama pukat  yang dipasang di tengah sungai.

“Jom Ngabat Ikan ini merupakan aktivit mengujakan selain dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat tetapi dijadikan riadah terutama hujung minggu,” ujarnya yang menjadikan aktiviti tersebutsebagai acara tahunan di kampungnya.

photo 2023 05 07 21 13 23
Kasmuri (tengah) menunjukkan sebahagian ikan yang diperoleh dalam program tahunan yangdoanjurkan sempena musim kemarau

Katanya lagi, kumpulan pertama secara  beramai-ramai ‘menghalau’ ikan di dalam air yang cetek menyebabkan ikan-ikan itu terus  meluru ke bahagian bawah sehingga masuk pukat yang dipasang itu.

Menariknya ikan yang diperoleh tersebut akan diagihkan kepada orang ramai dan sebahagian  dimasak untuk djamu beramai-ramai.  – nasional kini.my

k lah 4

Siti Zailah tampil beri penjelasan dakwaan curi air pili bomba

sudan 2

Sudan henti operasi telekomunikasi