KUANTAN, 15 April – Minggu terakhir Ramadan lalu membuka ruang kepada ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus singgah di Taman Seri Mahkota Aman, dekat sini.
Dalam ziarah itu, dia menyantuni golongan ibu tunggal dan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan.
Mohd Yazid turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka yang sempat ditemuinya.
Sumbangan itu adalah melalui peruntukan terhad yang diusahakan Pejabat ADUN Lepar.
“Program Ziarah Akhir Ramadan… mengunjungi Puan Norela – seorang ibu tunggal dan menetap bersama anak-anak di Taman Seri Mahkota Aman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Mohd Yazid yang juga ketua BERSATU Paya Besar turut berkongsi kunjungan dilakukan terhadap penduduk dikenali dengan panggilan Tuan Fadeli.
“Dia terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal.
“Alhamdulillah… tuan Fadeli telah hampir pulih seperti sediakala,” katanya.— nasionalkini.my