in

4 pasukan sertai sepak takraw tertutup

IMG 20230717 111318 800 x 500 pixel
Antara pasukan menyertai kejohanan sepak takraw tertutup Taman Aneka Jaya 30, Kuantan

KUANTAN, 17 Julai – Sebanyak empat pasukan mengambil bahagian dalam program komuniti sepak takraw tertutup Taman Aneka Jaya 30, di sini, petang semalam.

Pengurus program, Mohd Ruzmi Mat Taib berkata, program itu dianjurkan bagi mengisi masa lapang cuti hujung minggu.

“Kejohanan ini diadakan tertutup untuk penduduk taman perumahan ini dan sekitar sahaja.

“Tujuan utama adalah untuk mengeratkan hubungan antara penduduk di sini selain mengisi masa terluang,” katanya.

Mohd Tarmizi dan Mohd Ruzmi

Program itu dihadiri ahli dewan undangan negeri Panching, Mohd Tarmizi Yahaya.

Selain penduduk Taman Aneka Jaya, program itu turut disertai penduduk di Permatang Badak Perdana.- nasionalkini.my

IMG 20230717 110259 800 x 500 pixel

Tinggal anak pergi klinik 11 tahun lalu

IMG 20230626 135412 800 x 500 pixel

Pelabur asing kembali beli saham tempatan