KUANTAN, 16 September – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Teluk Cempedak Kuantan akan menganjurkan kejohanan bola jaring komuniti pada 23 September ini.
Ketua penganjur, Farasyah Isa @ Salim berkata, kejohanan itu akan diadakan di Gelanggang SUKPA Indera Mahkota.
“Kejohanan ini terbuka kepada 12 pasukan terawal sahaja.
“Setiap pasukan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM100.
“Kejohanan akan bermula jam 7.30 pagi dan dijangka selesai jam 6 petang,” katanya kepada wakil nasionalkini.my baru-baru ini.
Farasyah berkata, hadiah menarik termasuk wang tunai disediakan kepada pasukan yang memenangi kejohanan julung kali itu.
Selain kejohanan bola jaring, pelbagai aktiviti menarik seperti gerai pameran dan jualan disediakan di sekitar gelanggang SUKPA pada hari berkenaan.
“Kita juga menyediakan kaunter pertanyaan kepada pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan AIM,” katanya.- nasionalkini.my