in

RM30,000 diberikan kepada Pertubuhan Rumah Kebajikan Islam Mulia

WhatsApp Image 2023 08 05 at 2.00.01 PM
Dr. Na'im Mokhtar menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia semalam.

KAJANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokthtar semalam menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Mulia demi keperluan penghuni asnaf dan anak yatim.

Rumah Anak Yatim itu merupakan Pertubuhan Kebajikan Islam Mulia di bawah naungan inisiatif Prihatin Madani dan sebahagian dari inisiatif Al–Falah, ia merupakan sebahagian dari visi membangun Malaysia Madani, fokus untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam dan Rakyat Malaysia.

Mohd Na’im turut mengumumkan bahawa hingga Ogos 2023, melalui Yayasan Taqwa, telah berjaya mengenal pasti golongan sasaran dan menghimpunkan sumbangan sebanyak RM540,836.00.

Jumlah anak yatim yang telah menerima bantuan pula adalah sebanyak 3,496 orang dalam tempoh yang sama.

Beliau menekankan bahawa usaha membantu dan meringankan beban golongan asnaf dan anak-anak yatim akan dilaksanakan secara berterusan melalui sesi lawatan, santuni, serta mendengar masalah dan keluhan golongan ini.

Dalam kesempatan tersebut, Mohd Na’im Mokhtar juga memberikan penghargaan kepada NGO, aktivis, dan masyarakat yang banyak membantu golongan yang memerlukan dan memberikan jalan keluar kepada mereka secara berterusan.

“Sokongan dan bantuan sebegini memainkan peranan penting sebagai bantuan yang bermakna bagi mereka yang tiada tempat bergantung dan berada dalam kesempitan hidup,” katanya.

Dengan inisiatif Prihatin Madani dan usaha berterusan, diharapkan kebajikan dan kesejahteraan golongan memerlukan, terutama anak yatim dan asnaf, dapat diberikan perhatian yang seimbang dan memberi manfaat besar kepada masyarakat serta negara.

sek khas

Bonsai manik pelajar pendidikan khas SK Cengal Lempong ada peminat tersendiri

KI5 1007 ★re

Undang-undang 3R dibimbangi sekat kebebasan bersuara