in ,

Bonsai manik pelajar pendidikan khas SK Cengal Lempong ada peminat tersendiri

sek khas
Sebahagian pelajar pendidikan khas SK Chengal lempong, Kuantanmenunjukkan hasil kerja tangan menghasilkan bonsai manik.

KUANTAN, 6 Ogos – Melihat gubahan bonsai manik yang dihasil mengikut kreativiti pasti tidak menyangka itu sebenar adalah hasil kreativiti pelajar istimewa kelas Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Cengal Lempong, di sini.

Itulah kehebatan mereka, kreativiti mereka sangat luar biasa dan mengatasi pelajar normal yang lain, meskipun berdepan kekurangan dengan pelbagai sudut namun di situ kelebihan mereka

manik 5
Dua pelajar pendidikan khas SK Chengal Lempong menunjukkan hasil manik bonsai mereka yang menerima tempahan daripada pihak tertentu

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Khairuddin Man berkata, bonsai manik adalah hasil kreativiti 43 murid pendidikan khas sekolah tersebut yang terdiri daripada pelbagai ketidakupayaan antaranya Sindrom Down, Autisme, Lembam dan pelbagai lagi.

“Di peringkat awalnya, aktiviti memintal manik ini dijadikan sebagai aktiviti ntervensi bagi meningkatkan kemahiran motor pelajar di dalam subjek kemahiran manipulatif.

pelajar 2
Hasil bonsai manik kini semakin dikenali dan mendapat tempahan daripada orang perseorangan dan agensi kerajaan

“Namun ia berubah menjadi projek khas susulan mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya kepada nasionalkini.my.

Khairudin menambah hasil penjualan berkenaan juga sekali gus boleh menambahkan dana tabung sekolah berkenaan.

manik 6
Pebagai jenis bonsai manik yang dihasilkan mengikut kreativiti pelajar berkenaan yang dibantu guru kelas masing-masing.

Katanya, idea berkenaan tercetus selepas melihat aktiviti berkenaan dihasilkan daripada sekolah pendidikan khas lain.

“jadi kami cuba dedahkan pelajar-pelajar ini dengan aktiviti itersebut dan tidak sangka pelajar kami lagi hebat dan berjaya menghasilkan kerja yang ekslusif.

“Ia yang bukan sahaja mampu merangsangkan kemahiran motor mereka tetapi memberi pembelajaran baharu dalam membuat aktiviti harian di sekolah,” katanya.

WhatsApp Image 2023 08 06 at 12.45.59 PM
Salah seorang guru SK Chengal Lempong yang terlibat secara langsung dalam penghasilan bonsai manik di sekolah berkenaan.

Kini bonsai manik SK Chengal Lempong semakin dikenali selain turut menerima tempahan daripada agensi kerajaan dan individu perseorangan.

Bonsai manik ini terdiri dari dua saiz yang dijual dengan harga bermula RM 50 sehingga RM 100 setiap satu. – nasionalkini.my

Anwar helikopter e1691219131110 1000x498 1

Sikap angkuh, bongkak ditunjuk PM mungkin makan diri: Bersih

WhatsApp Image 2023 08 05 at 2.00.01 PM

RM30,000 diberikan kepada Pertubuhan Rumah Kebajikan Islam Mulia