in

Remaja perempuan lemas ketika mandi di Lata Changkah

WhatsApp Image 2023 04 27 at 11.09.39
Mayat remaja perempuan yang dijumpai lemas di dasar air di Lata Changkah, Hulu Seladang, Setiu, Terengganu diusung dibawa ke daratan.

Oleh : Adnan Mohamad

Setiu, 27 April – Kegembiraan tujuh bersaudara berkelah serta mandi manda di Lata Changkah Hulu Seladang, Bandar Permaisuri, di sini, bertukar tragedi setelah salah seorang daripada mereka ditemui lemas semalam.

Mangsa, Nor Alia Farhana Mat Zaid, 19, berasal dari Felcra Seri Bandi, Kemaman, Terengganu dijumpai lemas pada pukul 12.15 tengah hari.

Sebelum kejadian, Nor Alia merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bandi dikatakan bersama beberapa saudaranya sedang mandi di Lata Changkah itu.

Dalam keseronokan mandi itu, tiba-tiba mangsa didapati tenggelam dan tidak timbul semula dalam air di lata berkenaan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, melihat kejadian itu, beberapa saudaranya yang lain cuba menyelamatkan gadis itu yang tenggelam di dasar jeram (air) untuk dibawa ke daratan.

WhatsApp Image 2023 04 27 at 11.07.42
Nor Alia Farhana Mat Zaid

Bagaimanapun, katanya, Penolong Pegawai Perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan bahawa Nor Alia sudah meninggal dunia akibat lemas.

Afandi berkata, mayat remaja perempuan itu seterusnya dihantar ke Hospital Setiu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa juga kerana lemas semasa kejadian itu.

“Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga pada pukul 6.30 petang untuk urusan pengebumian,” katanya.

Beliau menasihati para pengunjung ke lokasi tersebut yang ingin melakukan aktiviti riadah terutama di kawasan air perlulah berhati- hati dan sentiasa mengawasi ahli keluarga mereka kerana kejadian malang seperti itu tanpa di duga sering berlaku di kawasan terbabit. – nasionalkini.my

wheeli

Polis Kelantan kesan pasangan ‘Wheelie’ berbaju raya

WhatsApp Image 2023 04 26 at 19.43.27

Setiausaha Kerajaan Pahang bersara selepas 34 tahun berkhidmat