in ,

PRN: J-Kom gesa tolak parti, pemimpin eksploitasi 3R

bendera
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengingatkan pengundi supaya menolak parti politik dan pemimpin mengeksploitasi isu 3R.

Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 23 Jun – Pengundi di enam buah negeri yang bakal memilih pada pilihan raya diingatkan supaya menolak parti politik dan pemimpin mengeksploitasi isu 3R.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, 3R dimaksudkan adalah isu agama, raja dan kaum yang boleh memberi kesan memudaratkan.

Katanya, jangan dibiarkan politik toksik mengganggu kemajuan dan jadikan PRN sebagai wadah untuk memilih kerajaan yang tidak boleh membawa kepada kestabilan.

WhatsApp Image 2023 06 23 at 8.36.12 PM
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

“Kelmarin Menteri Dalam Negeri telah menyatakan parti-parti politik bebas berkempen asalkan jangan mengeksploitasi isu berkaitan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) (3R).

“Dalam PRN ini marilah kita bersatu untuk memilih pemimpin yang dapat membawa kestabilan politik, pembanterasan rasuah dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita tinggalkan politik perkauman, benci dan fitnah. Kita tolak politik 3R dan kita pilih politik perpaduan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau menyatakan rasa kecewa berhubung dakwaan Teresa Kok bakal dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi menggantikan Tan Sri Idris Jusoh.

“Untuk apa cerita ini direka jika bukan untuk membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu kepada PMX?,” katanya lagi.

Idris sebelum ini mengesahkan pengunduran beliau daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 30 Jun ini.

Bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu menjelaskan, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepadanya menjawat jawatan berkenaan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 23 at 7.55.30 PM

Isu warta Tanah Kesultanan dibincang secara meja bulat elak timbul provokasi

shuib2

Shuib kembali bergelar suami, sah jadi milik Watie Hanifiah