in

Shuib kembali bergelar suami, sah jadi milik Watie Hanifiah

shuib2
Pelawak dan penyampai radio, Shuib, sah menjadi suami kepada usahawan, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, atau Watie, dengan sekali lafaz.

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Pelawak dan penyampai radio, Shuib, kembali bergelar suami apabila selamat bernikah dengan usahawan, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, atau Watie, dengan sekali lafaz, malam ini.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di Putra Glass House, Putra Heights yang bersaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali, kira-kira 8.48 malam ini.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, memakai baju Melayu berona putih kelihatan tenang duduk di sebelah bapa Allahyarham isterinya, Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.

shuib 1
Shuib kelihatan tenang duduk di sebelah bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah

Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ pelawak yang berusia 38 tahun itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir mereka berdua.

Bagaimanapun, hantaran dirahsiakan dan hanya dikongsikan kepada ahli keluarga sahaja.

Sementara itu pada acara membatalkan air sembahyang, Shuib menyerahkan sebentuk cincin dan sejambak bunga sambil diiringi lontaran vokal, Lah Ahmad yang mendendangkan lagu Ayu.

Kira-kira 600 tetamu hadir bagi menyaksikan majlis penyatuan mereka berdua.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Shuib manakala kali pertama kepada Watie.,

Shuib sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Bagaimanapun, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19. – nasionalkini.my

bendera

PRN: J-Kom gesa tolak parti, pemimpin eksploitasi 3R

Adly vetera

Mindef lulus 43 rumah baharu, hasrat perbanyak bina kediaman veteran ATM