in ,

Polis Johor rampas dadah RM4.3 juta, tahan empat lelaki

361989981 668472708647154 5572876932046656527 n
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan rampasan dadah daripada sindiket yang aktif sejak April lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor. - Gambar Ihsan Polis Johor

JOHOR BAHRU, 20 Julai – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak April lalu selepas menahan empat lelaki di Kluang, Isnin lalu bersama dadah bernilai RM4.3 juta.

Memetik laporan BH, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, empat suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan di daerah itu antara jam 6.20 petang hingga 9.45 malam.

Difahamkan sindiket ini menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa sebagai stor penyimpanan dadah serta bagi tujuan pembungkusan semula sebelum diedarkan ke pasaran tempatan menggunakan pelbagai jenis kenderaan.

“Sindiket ini membungkus semula dadah ke dalam pek-pek minuman seperti jus dan teh, bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Setiap pek yang dibungkus akan dijual serendah RM150 hingga RM200,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Menurut Kamarul Zaman, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 54.33 kilogram (kg) serbuk ekstasi; 7,923 biji pil erimin 5; 6,564 biji pil ekstasi; 1.22 kg ketamin dan 346 gram ganja yang semuanya bernilai lebih RM4.3 juta.

“Melihat kepada jenis dadah ini, kita percaya sindiket ini menyasarkan penjualan di pusat-pusat hiburan kawasan sekitar. Kita sedang menyiasat dari mana bekalan dadah ini diperolehi, namun kita percaya ia datang luar daripada negeri ini.

“Dadah yang dirampas dalam serbuan ini boleh digunakan oleh seramai 202,042 penagih jika ia terlepas ke pasaran,” katanya. – nasionalkini.my

2272970

Tiga maut dalam insiden tembakan di Auckland

2272116

Saya akan kembali – Zii Jia