in

Saya akan kembali – Zii Jia

2272116
Zii Jia : Gambar PHOTO BADMINTON

KUALA LUMPUR, 20 Julai – “Saya akan kembali.”

Itu tekad pemain badminton utama negara, Lee Zii Jia setelah tewas kepada Ng Ka Long dari Hong Kong pada pusingan pertama dalam kejohanan Terbuka Korea yang berlangsung di Stadium Jinnam, Rabu.

Bagaimanapun Zii Jia yang dilatih Wong Tat Meng sejak awal bulan ini enggan patah semangat sebaliknya tekad bangkit pada kejohanan akan datang.

“Saya tidak ada apa-apa untuk diperkatakan. Saya cuba yang terbaik (tetapi tidak menjadi),” katanya ketika dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Kekalahan tersebut merupakan kali keempat berturut-turut Zii Jia kepada pemain ranking ke-14 dunia itu yang dibimbing bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann.

Ia merupakan kekalahan pusingan awal kelima berturut-turut pemain berusia 25 tahun itu.

Nasib tidak menyebelahi Zii Jia apabila tewas pada aksi pertama dalam Kejohanan Asia, Masters Malaysia, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu perlu bangkit pada Terbuka Jepun minggu depan. – nasionalkini.my

361989981 668472708647154 5572876932046656527 n

Polis Johor rampas dadah RM4.3 juta, tahan empat lelaki

photo1689840525 1689841599

Mayat buruh ladang ditemukan dengan kesan tikaman