in

Tiga maut dalam insiden tembakan di Auckland

2272970
Pegawai polis mengepung kawasan berhampiran lokasi kejadian tembakan di tengah Auckland pada Khamis. - Foto AFP

WELLINGTON, 20 Julai – Tiga termasuk seorang lelaki bersenjata maut, manakala enam lagi cedera dalam insiden membabitkan senjata api di Auckland, sebuah bandar di Pulau Utara New Zealand.

Bernama melaporkan Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins berkata, mereka yang cedera dibawa ke Hospital Auckland termasuk seorang anggota polis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Penilaian pegawai mendapati tiada risiko keselamatan negara dan tiada perubahan kepada tahap ancaman keselamatan New Zealand, kata Hipkins kepada media.

Suspek itu bersenjatakan selaras senapang angin. Penyerang itu bergerak melalui sebuah tapak binaan dan melepaskan tembakan, kata Hipkins.

“Apabila sampai di tingkat atas bangunan, polis terserempak dengan lelaki itu yang berada dalam lif, tembakan dilepaskan dan suspek dikesan tidak lama kemudian,” kata perdana menteri. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 20 at 12.50.08 PM

KKM guna SOP Covid-19 sedia ada untuk PRN

361989981 668472708647154 5572876932046656527 n

Polis Johor rampas dadah RM4.3 juta, tahan empat lelaki