in

Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei

ciri kemampuan haji

Kuala Lumpur, 28 April – Penerbangan pertama bagi bakal jemaah haji dari Malaysia pada tahun ini dijangka berlepas pada 21 Mei depan, bersamaan 1 Zulkaedah 1444.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini memandangka TH masih dalam proses merayu kuota tambahan daripada kerajaan Arab Saudi.

Jelasnya lagi, keputusan tarikh penghantaran pada tahun ini adalah berbeza disebabkan jumlah dan operasi jemaah akan kembali ke tahap normal seperti tahun sebelum Covid-19.

“Berbanding tahun 2022, proses penghantaran jemaah pada tahun ini berbeza kerana jumlah dan operasi ibadah itu akan kembali ke tahap normal.

“InsyaAllah dengan tambahan kuota nanti, lebih ramai jemaah haji akan kita uruskan,” katanya, – nasionalkini.my

2177086

Jenazah Allahyarham Mael XPDC selamat dikebumi di Muar

kiblat 1

Perbincangan akan dibuat selaraskan arah Kiblat