in

Perbincangan akan dibuat selaraskan arah Kiblat

kiblat 1

Oleh: Putera Azim

KUALA LUMPUR 28 April – Kerajaan akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa di setiap negeri bagi mencari kaedah terbaik untuk menyelaraskan arah kiblat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, perbincangan mengenai penyelarasan arah kiblat bagi konteks kawasan di Wilayah Persekutuan telah diadakan baru-baru ini.

Ia melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.

WhatsApp Image 2023 04 28 at 2.35.15 PM
Perbincangan mengenai penyelarasan arah kiblat bagi konteks kawasan di Wilayah Persekutuan telah diadakan. Foto: nasionalkini.my

“Dalam konteks rujukan (arah kiblat) dibuat kepada jawatankuasa fatwa dan persatuan falak untuk mereka yang duduk di sekitar Lembah Klang atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Penyelerasan sudut penentuan atau kaedah mana hendak digunakan, mungkin perbincangan akan dibuat di peringkat Jawatankuasa Muzakarrah nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2022 di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023 04 28 at 2.35.15 PM 1
Perbincangan berkenaan bagi memastikan arah kiblat yang tepat selain tidak menimbulkan sebarang was-was

Datuk Dr Mohd Na’im turut menasihatkan umat Islam agar merujuk kepada Jawatankuasa Falak atau Jawatankuasa Fatwa di negeri masing-masing.

WhatsApp Image 2023 04 28 at 2.46.22 PM
Datuk Dr Mohd Na’im turut menasihatkan umat Islam agar merujuk kepada Jawatankuasa Falak atau Jawatankuasa Fatwa di negeri masing-masing

Katanya tindakan berkenaan bagi memastikan arah kiblat yang tepat selain tidak menimbulkan sebarang was-was.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 40 peratus daripada 5,000 kediaman umat Islam yang diperiksa sekitar Lembah Klang, tersasar daripada kedudukan kiblat yang tepat. – nasionalkini.my

ciri kemampuan haji

Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei

Untitled design 5

Dagangan Malaysia bernilai RM232.7 bilion pada Mac 2023, susut 1.6% :DOSM