in

Mahasiswa IPTA bakal terima bantuan tiket penerbangan

pesawat
Sistem e-kredit tiket penerbangan akan diperkenalkan pada Ogos depan bagi memudahkan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) pulang ke kampung semasa musim perayaan dan cuti semester.

KUALA LUMPUR, 30 Jun  – Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan sistem e-kredit tiket penerbangan pada Ogos depan bagi memudahkan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) pulang ke kampung semasa musim perayaan dan cuti semester.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini, Kementerian Pengangkutan sedang membangunkan sistem berkenaan di mana ia memerlukan langkah integrasi bersama syarikat penerbangan terlibat.

Katanya, pihaknya merancang satu insentif untuk memberikan bantuan tiket penerbangan kepada pelajar IPTA dari Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung dan sebaliknya.

Mereka akan menerima satu bentuk e-kredit yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing bagi pembelian tiket kapal terbang dan jika syarikat penerbangan ada menawarkan diskaun, ia juga lebih berbaloi.

“Walaupun jumlahnya bukan banyak, tetapi bantuan itu merupakan satu langkah permulaan untuk meringankan beban pelajar pulang ke kampung semasa perayaan dan cuti semester,” katanya seperti dipetik kosmo, hari ini.

 Inisiatif e-kredit itu dijangka  dilancarkan  Ogos depan iaitu sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

 Katanya, dengan adanya bantuan berkenaan, pelajar boleh menggunakan kredit yang diberikan untuk membeli tiket kapal terbang dan ditambah dengan tawaran diskaun oleh syarikat penerbangan.

“Kredit ini bukan untuk kegunaan sekali gus, (tetapi) terpulang kepada tiket penerbangan itu,” katanya. – nasionalkini.my

akmal 1

Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri yang buat onar di KLIA

varkey

Pensyarah dipecat kerana mengajar sistem pembiakan didakwa melampaui batas kebebasan akademik