in

Gerai kotor, diubah suai secara haram

IMG 20230630 WA0024
Keadaan longkang di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) yang tersumbat dengan sisa makanan.

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Beberapa gerai makanan di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini bukan saja diubai suai secara haram malah kotor apabila membuang sisa ikan ke dalam longkang hingga berbau busuk.

Biarpun diberikan teguran oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, namun ia langsung tidak diendahkan oleh golongan peniaga di situ.

Mohd Jafni berkata, peniaga di situ bukan saja membuat pengubahsuaian haram malah bertindak menutup longkang asal yang dibina.

“Kami mengenalpasti perkara ini selepas melakukan lawatan mengejut ke 20 gerai makan di kawasan berkenaan menerusi Program Johor Bersih baru-baru ini.

“Mereka buang sisa ikan ke dalam longkang hingga longkang tersumbat dan kotor. Kita akan tindakan jika masih berdegil termasuk tidak menjaga kebersihan dan gagal mengekalkan reka bentuk asal gerai.

“Kami berharap peniaga berubah sikap dan tidak mengambil sambil lewa terhadap nasihat dan teguran serta memandang remeh kerja pembersihan dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tular video di TikTok memaparkan imej Mohd Jafni memberi teguran kepada peniaga gerai makan di TUTA.

Video berdurasi 41 saat itu turut memaparkan keadaan longkang berhampiran gerai makan yang tersumbat, kotor dan dipenuhi sisa makanan. – nasionalkini.my

IMG 20230630 184933

SAHABAT BAIK RAIH PENDAPATAN LUMAYAN DARI TANAMAN CILI

akmal 1

Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri yang buat onar di KLIA