in

OPR: Anwar Ibrahim, Rafizi tolong jelaskan kepada rakyat

bank negara malaysia
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli perlu jelaskan kepada rakyat mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, keputusan bank pusat itu menaikkan kadar OPR sudah tentu mempunyai sebab tersendiri.

“Semalam saya duduk di meja khas sebelah Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli semasa hadir dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat Johor di Yong Peng.

“Saya bertanyakan kepada Rafizi tentang OPR yang naik lagi pada Rabu 3 Mei lalu. Naik 25 mata asas kepada 3 peratus.

“Saya harap Rafizi sebagai Menteri Ekonomi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu jelaskan kepada rakyat tentang kenaikkan kadar OPR ini,” katanya menerusi catatan akaun Facebook miliknya hari ini.

4b6f22e5 0923 4bcd 9d2c a3a9c8623fcb
Hassan Karim

Hassan berkata, beliau bersangka baik kepada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPN) Bank Negara yang membuat keputusan menaikkan kadar OPR itu.

“Kita bersangka baik BNM mungkin melihat kepentingan ekonomi makro Malaysia bagi jangka panjang.

“Tetapi Bank Negara juga perlu bergerak seiring dengan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim yang sedang berusaha untuk membantu ekonomi majoriti rakyat yang sedang bergelut untuk hidup berdepan dengan krisis kos sara hidup yang parah,” katanya.

Beliau menyimpulkan bahawa Menteri Ekonomi dan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan tentu bersetuju dengannya bahawa golongan B40 dan M40 paling terkesan teruk dengan kenaikan Kadar OPR terbaharu ini.

“B40 dan M40 merupakan 80 peratus rakyat Malaysia. Mereka menghadapi masalah Kewangan dan ekonomi sekarang.

“Jadi, saya tidak mahu rakyat sekarang di enam negeri di Semenanjung akan berdepan dengan pilihan raya negeri menempelak Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani dengan pertanyaan sinikal mereka iaitu adakah OPR ini boleh ditafsirkan sebagai Operasi Peras Rakyat?,” soalnya. – Nasionalkini.my

IMG 20230506 WA0008

Pegawai, anggota polis terima suapan direman

2185653

Penunggang motosikal maut digilis