in ,

KPM laksana kajian cari punca pelajar tidak ambil SPM

FADHLINA SIDEK 1
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau telah menerima aduan berganda berkenaan isu guru yang memberikan komentar di media sosial.

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan melaksanakan kajian terperinci berhubung punca sebilangan pelajar tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, hasil kajian itu akan dikongsikan termasuk langkah intervensi untuk memastikan masalah ketidakhadiran calon SPM pada peperiksaan akan datang dapat diatasi.

“Ini masalah lama sebenarnya, cuma kali ini kita jadikan ia sebagai satu langkah untuk pastikan calon-calon ini hadir dan mengambil peperiksaan itu.

“Mereka bukan ponteng SPM , tapi dalam rekod menunjukkan mereka tidak hadir. Apabila tidak hadir apa yang kita buat ialah menjalankan siasatan dan kajian penuh.

“Hasil siasatan ini nanti kita akan kongsikan dan ambil tindakan intervensi bagaimana hendak mengatasinya dan memastikan kehadiran mereka pada peperiksaan SPM akan datang.,” katanya.

Terdahulu beliau hadir ke  Konvensyen Islam dan Melayu: Karamah Insaniah Teras Pembentukan Jati Diri Umat di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini Fadhlina mendedahkan, seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon SPM 2022 tidak hadir menduduki peperiksaan.

Berdasarkan analisis KPM, calon tidak hadir bagi SPM 2022 bertambah berbanding SPM 2021 yang merekodkan 10,681 calon daripada keseluruhan 392,837 calon berdaftar. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 14 at 4.14.52 PM

Dakwaan 10 ‘warlord’ akan sertai PN hanya khabar angin

WhatsApp Image 2023 06 14 at 8.46.24 PM

Wanita Palestin lahir kembar 4 hasil sperma suami yang diseludup penjara Israel