Oleh AD Zafir
KUANTAN, 14 Jun – Dakwaan kononnya terdapat 10 ‘warlord’ yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya sekadar khabar angin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu merupakan antara taktik yang sering digunakan pihak lawan dan ia akan berlaku lebih lagi apabila PRN di enam negeri tidak lama lagi.
“Semua pihak jangan percaya dengan laporan yang tidak sahih… itu hanya khabar-khabar angin, jangan percaya. Semua orang boleh cakap 10, lima atau tiga ‘Warlord’ jangka sertai PN.
“Jadi, kita kena faham ini politik ada PRN ni macam-macam cerita yang entah betul entah tidak. Kita pula menguar-uarkan cerita yang belum sahih dan jangan percaya, sampai masa kita hadapilah (PRN), jadi jangan percayalah, kita kena ‘move forward,” katanya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Beliau berkata kepada ketika diminta mengulas 10 ‘Warlord’ daripada UMNO akan sertai PN, dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Terdahulu, PN dilaporkan akan mengumumkan senarai 10 Warlord merangkumi individu yang disisihkan UMNO untuk menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan urusan itu.
Laporan sebelum ini, terut menyebut selain bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disebut-sebut antara bakal menyertai PN.
Ditanya mengenai kemungkinan terdapat ‘warlord’ UMNO dari Pahang turut terbabit dalam khabar angin berkenaan, Wan Rosdy memberitahu setakat ini ia di luar pengetahuannya. – nasionalkini.my