in

Jemaah haji B40, M40 di Selangor terima insentif RM500 

jemaah

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Penduduk Selangor kini berpeluang menerima Insentif Haji Muassasah daripada Menteri Besar  Selangor Incorporated yang dkhususkan untuk golongan B40 dan M40 di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, insentif yang dihadkan kepada 3,000  jemaah berpeluang  menerima wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk keperluan peribadi seperti  ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembap bibir.

“Sebanyak RM1.65 juta diperuntukkan untuk keseluruhan program ini dengan permohonan dibuka bermula Jumaat ini iaitu 19 Mei hingga 25 Ogos 2023.

”Bagi memudahkan proses pendaftaran, urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

”Ia akan diselaraskan oleh MBI selaku pelaksana program. Jemaah yang layak memohon semestinya warganegara Malaysia dan menyampaikan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan,” maklum beliau menerusi kenyataan, malam ini.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak berharap usaha tersebut dapat memudahkan urusan perjalanan bagi jemaah yang bakal diraikan sebagai ‘dhuyufurrahman’ pada tahun ini.

Bakal jemaah yang berminat dan merujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm. – nasionalkini.my

zaliha

3 klinik terkesan banjir Terengganu terima peruntukan khas

WhatsApp Image 2023 05 17 at 11.04.30 PM 1

Anugerah Muhibah NPC- Macrokiosk diberikan kepada Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq