KUALA LUMPUR, 26 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perintah tahan kerja terhadap pegawai polis wanita ,Inspektor Percubaan S Sheila Sharon.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perintah tahan kerja itu dibuat mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 dan telah dikuatkuasakan terhadap pegawai berkenaan.
“Segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek (Sheila) sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pagi tadi, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ dikatakan merendah-rendahkan pangkat anggota polis lain dan dua orang awam.
Bagaimanapun, tertuduh berusia 35 tahun itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock
Melalui satu klip video yang tular ketika ini, kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah balai polis di Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.
Sejurus kejadian tular itu, sebanyak lapan kertas siasatan dibuka dan tindakan ditahan tugas dikenakan ke atas pegawai polis itu ‘Inspektor berikutan beberapa siri kekecohan yang tular di media sosial.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, berhubung isu tersebut.
Kata beliau, dua kertas siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM.
Selain itu, beliau berkata, enam lagi kertas siasatan turut dibuka melibatkan aspek tatatertib yang dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT). – nasionalkini.my