in

Wanita disahkan meninggal kembali bangkit

pas 1
Bella Yolanda Montoya Castro ketika dikeluarkan dari keranda selepas didapati kembali bernyawa.

EQUADOR – Seorang wanita berusia 76 tahun yang diisytiharkan meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Babahoyo ‘hidup semula’ selepas beberapa kali mengetuk keranda ketika mayatnya sedang diusung untuk dibawa pulang dari hospital.

‘Sekembalinya’ ke alam nyata, wanita yang dikenali sebagai Bella Yolanda Montoya Castro itu disambut oleh ahli keluarganya yang terkejut dengan apa yang berlaku.

Anak lelakinya, Gilberto Barbera berkata, kejadian itu disedari ketika dia mengusung keranda ibunya itu selepas terdengar bunyi seperti orang bernafas kuat disusuli dengan ketukan dari dalam.

Selepas disahkan bernyawa, ahli keluarga melaporkan kejadian kepada pihak hospital yang sebelum ini mengesahkan ibu mereka sudah meninggal dunia akibat masalah jantung.

Montoya dimasukkan ke Hospital Martin Icaza sejak Jumaat lalu selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia sehari selepasnya.

Kejadian itu kini dalam siasatan kementerian kesihatan Equador.

352231781 817778169706023 2924187334848091729 n

Kerajaan Pahang tanggung baki kos rawatan adik Athif

WhatsApp Image 2023 06 14 at 4.14.52 PM

Dakwaan 10 ‘warlord’ akan sertai PN hanya khabar angin