TUMPAT, 30 Mei – Seorang ibu berdepan detik mencemaskan apabila besi alas periuk tersangkut pada bahagian leher lelakinya berusia 14 bulan di rumah mereka di Taman SPP Kota Warisan di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, wanita berusia 37 tahun itu cuba mencabut alas periuk itu daripada leher anaknya sebelum menghubungi talian kecemasan untuk bantuan segera.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Tumpat dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.11 petang sebelum bergegas ke rumah mangsa.
“Anggota bomba menggunakan pemotong besi untuk memotong alas periuk yang berada di leher bayi itu.
“Kerja-kerja pemotongan besi itu mengambil masa selama kira-kira lapan minit. Bayi itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – nasionalkini.my