in

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu

358083024 809055040669899 275287116219829747 n

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu dan Sultanah Terengganu serta kerabat Diraja negeri Terengganu atas kemangkatan Tengku Hajah Norhana Fatihah binti Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara dalam satu hantaran berkata, Almarhumah adalah adinda kepada Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Almarhumah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Almarhumah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 05 at 1.58.06 PM

Suspek samun wanita diberkas polis, rantai emas ditemukan

pineapple field www.mycommunitylender .net

13 kawasan agropelancongan berasaskan nanas di Malaysia