in

13 kawasan agropelancongan berasaskan nanas di Malaysia

pineapple field www.mycommunitylender .net
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Sebanyak 13 kawasan agropelancongan berasaskan nanas telah dibangunkan di seluruh negara setakat ini yang terdiri daripada kawasan milik Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan pihak swasta.

Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, untuk tujuan itu sebanyak RM515,000 peruntukan telah disalurkan bagi
Program Agropelancongan LPNM pada tahun 2021 dan 2022.

“Manakala bagi tahun 2023, sebanyak RM750,000 telah diperuntukan bagi program ini kerana permohonan yang
diterima amat menggalakkan.

“Dua kawasan agropelancongan milik LPNM adalah Pusat Agroteknologi Sungai Tong, Setiu, Terengganu dan Pusat Agroteknologi Alor Bukit, Pontian, Johor. Dua lokasi ini merupakan kawasan penanaman nanas dan juga tanaman nanas ornamental (Bromeliad).

“Antara contoh daya tarikan agropelancongan nanas termasuklah produk makanan berasaskan nanas seperti tart, jem dan aiskrim; produk bukan makanan seperti fabrik benang, kertas dan tali; produk kesihatan seperti ubat batuk, lozenge dan barangan kosmetik; serta pelbagai aktiviti tarikan pelancong seperti pembuatan kraf nanas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, di peringkat LPNM, pihaknya turut menggalakkan aktiviti agropelancongan nanas menerusi pemberian geran agropreneur sehingga maksimum RM250,000 bagi membantu para usahawan membangunkan industri sektor pelancongan ini.

“Geran ini diberikan berdasarkan permohonan, penilaian serta kelulusan di peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Harapan saya, semoga cabang agropelancongan nanas akan terus berkembang luas dan berdaya saing bagi mengukuhkan rantaian ekonomi industri nanas selaras pengiktirafan yang telah diberikan menerusi Bajet 2018 dahulu,” katanya. – nasionalkini.my

358083024 809055040669899 275287116219829747 n

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu

WhatsApp Image 2023 07 05 at 3.15.14 PM

Penduduk gempar jumpa mayat dalam but kereta di tepi jalan