in

Agong berkenan lawat lokasi kejadian pesawat terhempas

IMG 20230817 161320 800 x 500 pixel
Gambar oleh Orang Awam

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau lokasi kejadian pesawat ringan yang terhempas berdekatan Bandar Elmina dekat Shah Alam, hari ini.

Al-Sultan Abdullah tiba sekitar 5.40 petang dan diberi taklimat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengenai nahas berkenaan di pusat operasi di lokasi kejadian, lapor Bernama.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.

Seri Paduka Baginda turut berkenan berbual dengan keluarga mangsa untuk menenangkan mereka.

Terdahulu, Hussein mengesahkan 10 individu maut dengan lapan daripadanya merupakan penumpang dan kru pesawat.

Dua daripada mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.- nasionalkini.my

IMG 20230817 173606 800 x 500 pixel

EXCO Pahang antara penumpang pesawat ringan terhempas

368279711 855682085915631 5199784587755541432 n

Johari antara mangsa nahas pesawat – MB Pahang