in

KM Pulau Pinang menghadap TYT

IMG 20230627 090816 800 x 500 pixel
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

PULAU PINANG, 27 Jun – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow tiba di Seri Mutiara pada jam 7.53 pagi ini untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bagi memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Beliau dilihat memberi isyarat kepada wakil media sebelum memasuki pintu pagar utama kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri.

Kon Yeow sebelum ini, mengumumkan Pulau Pinang akan membubarkan DUN pada 28 Jun bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN pada PRN yang dijangka berlangsung Ogos ini.

Selain Pulau Pinang, lima negeri lain yang akan terbabit dengan PRN dalam masa terdekat adalah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230627 073618 800 x 500 pixel

Kertas Putih Kesihatan lulus

IMG 20230627 092020 800 x 500 pixel

2 juta jemaah haji sudah berada di Tanah Suci