in

Harga gula putih kekal RM2.85, tiada kenaikan harga

gula

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Gula putih bertapis masih mengikut harga kawalan runcit semasa iaitu RM2.85 bagi gula kasar dan gula halus pula RM2.95 bagi setiap 1 kilogram (kg).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sentiasa cakna dengan isu yang dibangkitkan berhubung pengenalan dan penjualan gula super atau gula putih premium iaitu bungkusan hijau di pasaran seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Kedua-dua syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan CSR Sdn Bhd telah menyatakan bahawa gula gred tersebut belum dikeluarkan dan dipasarkan di Malaysia.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa sebarang pengenalan gula baharu di pasaran perlu mendapat kelulusan daripada KPDN terlebih dahulu.

“Ini kerana gula ialah barangan kawalan berjadual sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan  agar tidak keliru dengan kenyataan tular di media sosial berkenaan kenaikan harga gula putih.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, pelaksanaan Ops Manis bermula 3 hingga 17 Mei lalu menghasil perkembangan positif.

katanya hal tersebut terbukti apabila negeri-negeri yang mengalami gangguan bekalan gula telah pulih hampir 100 peratus.

KPDN pada masa sama sentiasa proaktif dalam memastikan isu bekalan gula dapat dikawal dengan sewajarnya dan terus menggerakkan jentera penguat kuasa di seluruh negara. – nasionalkini.my

IMG 20230519 WA0028

Prosiding LCS akan dibincang bermula 22 Mei – PAC

ezgif.com webp to jpg 3

Kerajaan belum bercadang pinda akta pembayaran cukai oleh waris