Terbaharu tular video seorang pembaca berita di sebuah stesen televisyen terkemuka negara kelihatan sebak ketika menyampaikan berita yang disiarkan secara langsung.
Nor Intan Ezreena Amir Hamzah, kelihatan membaca berita dalam keadaan suaranya terketar-ketar ketika menyampaikan berita di ruangan Buletin 1.30 berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Meskipun dalam keadaan suara yang tersekat namun beliau kelihatan profesional dan berjaya menghabiskan tugasnya dengan baik.
Sementara itu menerusi perkongsian di instagram kool101ny, Nor Intan mengakui dia tersentuh dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak malang berikutan nalurinya sebagai seorang ibu yang juga memiliki anak seusia dengan mangsa.
“Ini bukan kali pertama saya sebak. Sebelum ini pun ada juga berita yang berkaitan dengan anak kecil, warga emas yang menyedihkan membuatkan air mata saya mengalir.
Itu normal sebagai seorang manusia. Cuma saya perlu lebih profesional dalam menyampaikan tugasan” katanya.
Malah, orang ramai yang menonton sedutan perkongsian berita berkenaan, turut terkesan dengan detik beremosi berkenaan.
“Kes kemalangan itu dah biasa kami dengar, yang tak biasa tu bila pembaca berita sebak.
“Auto rindu anak-anak di rumah. Semoga mereka sihat-sihat sahaja,” kata seorang pengguna. – nasionalkini.my