in

Isteri Wan Saiful meninggal dunia

IMG 20240722 181534 800 x 500 pixel
Datuk Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Isteri kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan meninggal dunia petang tadi.

Allahyarhamah Alena Omar telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.07 petang di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Kariah Sungai Sekamat, Batu 12, Jalan Cheras, Kajang, pada jam 5.15 petang.

Seterusnya urusan pengebumian akan dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Jalan Sungai Sekamat.

Jun lalu, Wan Saiful memaklumkan isterinya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat kanser usus tahap 4 dan meminta agar semua sahabat handai, kenalan dan rakan-rakan mendoakan isterinya sembuh seperti sedia kala.

Arwah meninggalkan dua anak berusia 10 dan 12 tahun. – nasionalkini.my

IMG 20240722 150729 800 x 500 pixel

Ziarah Kasih di Paya Rambutan

IMG 20240722 222028 800 x 500 pixel

Proses bina bilik jenazah surau Seri Mahkota Jaya hampir siap