in

Semua pusat penamaan calon ditutup 10 pagi tadi

IMG 20230729 104044 800 x 500 pixel
Antara gelagat penyokong parti bertanding dalam PRN ketika mengiringi calon ke pusat penamaan calon pagi tadi - Gambar oleh NSTP

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Sebanyak 173 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang, ditutup pada jam 10 pagi tadi

Turut ditutup adalah pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Dewan Banquet, Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN dan PRK berkenaan dijalankan serentak iaitu pada 12 Ogos manakala pengundian awal 8 Ogos.

Tempoh berkempen pula ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini sehingga jam 11.59 malam 11 Ogos, lapor Bernama.

Antara gelagat penyokong parti bertanding dalam PRN ketika mengiringi calon ke pusat penamaan calon pagi tadi – Gambar oleh NSTP

PRN enam negeri itu diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan pada 22 Jun diikuti Selangor yang mempunyai 56 kerusi pada 23 Jun manakala Pulau Pinang (40 DUN), Kedah (36 DUN), dan Terengganu (32 DUN) dibubarkan pada 28 Jun dan Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN pada 1 Julai.

Enam negeri berkenaan tidak membubarkan DUN mereka bersekali dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lepas bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan apabila kerusi itu diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim dari PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.- nasionalkini.my

IMG 20230729 100744 800 x 500 pixel

Bekas pelajar anjur program ziarah kasih

IMG 20230729 112718 800 x 500 pixel

Tiada kelibat Juventus dalam kejohanan Eropah musim depan