in

Bekas pelajar anjur program ziarah kasih

IMG 20230729 100744 800 x 500 pixel
Tujuan utama program adalah untuk memupuk semangat kasih sayang dan mengeratkan ukhwah antara bekas pelajar SMK Tengku Abdullah dan masyarakat

PEKAN, 29 Julai – Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah dekat sini mengadakan program ziarah kasih di sekitar Pekan, semalam.

Menggunakan nama ‘Team TA’, mereka yang diketuai Hasnor Afzan Mohd Noor turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 300 penerima melalui program itu.

“Tujuan utama program adalah untuk memupuk semangat kasih sayang dan mengeratkan ukhwah antara kami – bekas pelajar SMK Tengku Abdullah dan masyarakat.

“Kebetulan pula kita dalam suasana bulan Kemerdekaan, jadi kita ambil semangat (kemerdekaan) itu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada nasionalkini.my hari ini.

Tujuan utama program adalah untuk memupuk semangat kasih sayang dan mengeratkan ukhwah antara bekas pelajar SMK Tengku Abdullah dan masyarakat

Antara yang menerima kunjungan Team TA adalah pelajar pendidikan khas integrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram, pra SK Seri Biram dan tiga rumah asnaf.

Selain itu, mereka turut melawat Rumah Anak Yatim Darussalam Al Mukhtar, Tahfiz Ummul Qura, Tahfiz Hujjatul Islam dan Tahfiz Ribat Sullumut Taufiq yang semuanya terletak di sekitar daerah Pekan.- nasionalkini.my

IMG 20230615 093923 800 x 500 pixel

Musim tabur janji bermula

IMG 20230729 104044 800 x 500 pixel

Semua pusat penamaan calon ditutup 10 pagi tadi